Memperkasa Kerajaan Berpacukan Data

MyGDX ialah ekosistem perkongsian data yang merangkumi tadbir urus digital dan platform perkongsian data terjamin untuk memperkasa dan meningkatkan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya (E2E) ke arah kerajaan berpacukan data. MyGDX sebagai Platform Rasmi Perkongsian Data Sektor Awam di bawah Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864]. Platform berpusat ini memudah cara ekosistem perkongsian data terperingkat dan data terbuka secara selamat, efisien, dan terkawal merentas agensi persekutuan dan badan berkanun.

Tujuan Perkongsian Data (Seksyen 13)

Kecekapan Perkhidmatan

Meningkatkan kecekapan dasar, pengurusan program, perancangan, dan penyampaian perkhidmatan awam

Keselamatan & Kesihatan Awam

Mengurangkan ancaman terhadap nyawa serta kesihatan awam, dan bertindak balas pantas terhadap kecemasan awam

Kepentingan Awam

Melaksanakan perkongsian data strategik demi manfaat dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya

Jaminan Perlindungan Data (Seksyen 16)

Selaras dengan Akta 864, platform MyGDX 2.0 dilengkapi dengan infrastruktur keselamatan terkini, termasuk pengesahan identiti (MyGPKI) dan sijil digital (SSL/TLS), bagi mencegah akses tanpa kebenaran, kehilangan data, serta memelihara sepenuhnya privasi data peribadi individu

Akses Data Terbuka (Seksyen 20)

Terokai aset data terbuka agensi sektor awam yang sedia untuk dicapai dan dikongsi secara bebas tanpa memerlukan permohonan rasmi

Anda Sudah Bersedia?

Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) adalah platform perkongsian data yang komprehensif bagi membolehkan perkongsian data merentas agensi dengan mudah dan selamat. Data dirujuk terus dari sumber asal yang sahih. Jom mulakan perjalanan integrasi data anda. Daftar / Login pada butang di bawah.

Log Masuk | Daftar

Katalog API

Berikut adalah API yang telah disediakan dalam MyGDX. Beberapa API terkawal tidak akan dipaparkan.
Sekiranya data yang anda inginkan tiada dalam katalog ini, API tersebut boleh dibangunkan selepas persetujuan dari Agensi Pembekal. Untuk langganan API, sila login/daftar sebagai pengguna terlebih dahulu.

Tapisan Kategori
Jenis Tulisan

Saiz Tulisan

Pilihan Warna