Produk/Perkhidmatan: Dasar Perkongsian Data Sektor Awam
Tarikh: 28 Mac 2023 (Selasa)
Masa: 9:30 - 10:30 pagi
Medium: Secara dalam talian (Zoom)
Pendaftaran: (Sistem MyGovEvent)
Dimaklumkan bahawa platform MyGDX 2.0 telah selesai dinaik taraf dan sedia untuk digunakan. Sehubungan dengan itu, sebarang permohonan baharu untuk langganan data akan menggunakan platform baharu.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel ke mygdx.support@mampu.gov.my.
Maklumat mengenai platform perkongsian data MyGDX 2.0, versi yang dipertingkatkan. Platform ini bersedia untuk berkongsi data kerajaan ke sektor swasta dan rakyat.
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 2021 - Dasar Perkongsian Data Sektor Awam. PKPA ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Agensi Sektor Awam bagi melaksanakan perkongsian data merentas agensi ke arah penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang bersepadu dan berpacukan data.
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 2021 - Dasar Perkongsian Data Sektor Awam boleh dimuat turun seperti di lampiran.