Jabatan Digital Negara (JDN) telah menggubal Akta Perkongsian Data 2025 (Akta 864). Penggubalan Akta 864 bertujuan untuk mewujudkan punca kuasa undang-undang yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan perkongsian data. Di samping menambah baik keberkesanan fungsi-fungsi agensi pelaksana serta membolehkan aktiviti mengurus dan mengawal selia perkongsian data dengan lebih cekap. Akta Perkongsian Data 2025 (Akta 864) boleh dimuat turun seperti di lampiran.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Latihan Pentadbiran dan Pengoperasian MyGDX 2.0 Siri 7 akan diadakan pada 7 hingga 10 April 2025 di Laksamana Hall, Marina Putrajaya.
Sekian, terima kasih
Peningkatan Platform MyGDX 2.0
Dimaklumkan bahawa platform MyGDX 2.0 telah selesai dinaik taraf dan sedia untuk digunakan. Sehubungan dengan itu, sebarang permohonan baharu untuk langganan data akan menggunakan platform baharu.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel ke mygdx.support@jdn.gov.my.