Maklumat berkaitan seminar dan MyGDX
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Kerajaan Digital (BKD) akan menganjurkan Seminar Perkongsian Data Sektor Awam Tahun 2023 dengan tema Perkongsian Data: Atasi Cabaran, Serlahkan Inovasi, Nilai Tercipta yang akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah MAMPU.
Objektif utama seminar ini diadakan adalah seperti berikut:
(i) Meningkatkan pengetahuan kepada agensi sektor awam berkenaan perkongsian data
(ii) Menyediakan platform bertaraf antarabangsa bagi menggalakkan percambahan idea dan inovasi perkongsian data
Sasaran peserta untuk penyertaan seminar ini adalah Ketua Pegawai Digital, Pengurus ICT atau pegawai yang diwakilkan. Justeru, Ketua Pegawai Digital, Pengurus ICT atau pegawai yang diwakilkan diundang untuk menghadiri seminar ini.
Pautan pendaftaran : https://mygovevent.mampu.gov.my/ Kod acara seperti dalam e-mel jemputan rasmi.
Acara ini juga akan dipaparkan secara langsung melalui Facebook MAMPU, JPM. (https://www.facebook.com/mampujpm)
Perbincangan panel akan dilaksanakan secara dwi-bahasa. Tajuk akan dikupas dari aspek kompetensi pegawai dan hala tuju sektor awam, proses dan teknologi, perundangan dan pengalaman agensi oleh panel-panel jemputan seperti berikut: